Thursday, March 12, 2015

BEKERJA DENGAN SYARIKAT MULTINASIONAL

Setelah lama tak buat apa dengan blog. Aku semakin dewasa, semakin matang dalam kehidupan. Cuma aku masih ditakuk lama.

Sekarang bekerja di sebuah syarikat multinasional yang aku yakin, kalau aku sebut nama syarikat tu mesti korang akan "Ooooooo.... Tau sangat".

Yang susahnya bila hampir semua 'orang-orang besar' dalam syarikat ni adalah bukan Muslim (sebanarnya, seorang saja pun Muslim.) Susahnya nak meyakinkan diorangg yang tidak semua perkara aku boleh lakukan, semacam mana mereka lakukan. Lebih-lebih lagi aku bekerja di bahagian Pemasaran.

Aku baru berbincang dengan ketua aku. Aku bertanyakan mengenai program derma yang sedang diusulkan kepada bos besar.

Seperti biasa, setiap tahun syarikat ini akan memberi produk percuma kepada pelanggan sempena dengan ulang tahun perniagaan. Akan tetapi, tahun ini mereka mahukan sedikit perubahan. Mereka akan menjual coupon produk dengan harga tertentu dan kesemua wang tersebut akan didermakan kepada organisasi.

Alhamdulillah kami dapat berbincang dengan baik tetapi outcomenya adalah tidak seperti yang diharapkan.

Aku mengemukan cadangan bahawa kalau cadangan derma itu diluluskan, saya minta supaya derma itu diberikan kepada mana-mana badan yang tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana gereja ataupun tokong atas sebab agama.

Betapa susahnya mahu terangkan kepadanya mengapa (dan saya harap korang pun faham kenapa. Jadi saya tidak perlu terangkan dengan panjang lebar). Sebaliknya, dia memberitahu aku supaya bersikap lebih terbuka dan mengatakan aku seorang narrow minded. Dia menyuruh aku supaya membezakan perception/prinsip dengan kerja. Dalam kata yang mudah, sekular.
Astaghfirullah...

Aku tahu aku bukan seorang yang baik sebagai Muslim. Aku banyak dosa. Tapi kalau sudah terang akan perkara ini, aku rasa ini adalah tanggungjawab aku. Aku tak nak menambah dosa yang aku tahu akan natijahnya.

Dia juga menyebut bahawa jualan coupon yang dijual adalah satu kempen amal. Dan tidak akan ada promosi pun mengatakan wang akan didermakan kepada badan tertentu. Dia menerangkan duit jualan adalah kepunyaan perniagaan. Jadi, perniagaan yang akan menderma. Bukan pelanggan. Saya dengan yakinnya berani mengatakan pasti ada juga orang Muslim yang akan beli coupon tu. Memang bukan intention diorang beli untuk menderma. Diorang beli coupon untuk mendapatkan produk tersebut dengan harga yang tak tercapai akal. Akan tetapi, secara tidak langsung, dalam diam wang yang mereka gunakan untuk membeli produk tersebut digunakan untuk memberi derma. Allah... Kasihannya.... Aku sedih.. Tapi aku tidak mahu meneruskan perbincangan kerana tidak mahu bertelagah dengan ketua aku. Aku tak mahu keadaan menjadi rumit.

Perbincangan diakhiri dengan ketua aku meminta aku menjadi sekular (walaupun dia tak cakap macama tu, tapi aku faham maksudnya)

Semoga Allah terus memberi kekuatan untuk aku bekerja di sini dan membuka rezeki aku untuk bekerja dengan syarikat yang lain. Ya Allah... Aku rasa bersalah kerana tidak mampu untuk menegakkan AgamaMu. Semoga Kau terus beri kekuatan dan juga menambahkan kekuatan untuk terus memperjuangkan agamaMu.

No comments: